Dear my future husband you are nothing for me but you are everything for me ♥

Saturday 31 December 2011

aku sendiri dalam kesunyian malam
aku menghela nafas
sambil memcari jalan kepastian
kaki melangkah pergi tanpa kerelaan hati
hati ini merasa gundah tatkala mulai melangkah
aku seolah-olah tiada teman berhibur
tiada siapa yang ingin bersamaku
aku tidak tahu apakah kesalahanku
sehingga aku di hukum sebegini
sakitnya di dadaku ini menahan derita
terkadang ku terpikir untuk pergi buat selamanya
kerana aku tidak sanggup diduga sebegini
apakah diriku sedang dibuai oleh mimpi?
kerana hanya deseran ombak yang sering kedengaran
namun aku di dalam kegelapan
tanpa ada bayangan laut yang menerpa pandanganku
malah bayangan seorang jejaka yang menerpa pandanganku
tanpa aku menginginkannya
ingin aku dekati jejaka itu
namun ia hilang pabila aku ingin menegurnya
adakah dia jodoh ku?
tetapi aku belum pasti
raut wajahnya membuat hatiku terpaut
siapahkah dia?
hanya tanda tanya menyelubunyi aku setiap hari

YA ALLAH jika jodohku
maka dekatkanlah aku denganya
jikalau dia bukan jodohku
maka jauhilah aku dari terus mendekatinya
sesungguhnya aku hanya mampu memohon darimu YA ALLAH
hanya dengan kewujudan titik noktah yang akan mengakhiri segalanya
maka lenyaplah tanda tanya



♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Friday 30 December 2011

Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan
Kerana hatiku tidak tenang menghelakan nafasku sukarnya
Untukku mententeramkan jiwaku yang sedang bergelora ini
Yang menantikan kehadiran cintamu
Adakah inilah pengorbanan yang dapat aku lakukan untuk mendapatkan cintamu
Nilai cintamu begitu berharga dimataku
Gembiranya hatiku sekiranya aku dapat memilikimu
Mungkinkah disuatu hari kita akan bertemu?
Engkau yang selalu ku nanti sehingga
Rinduku padamu masih membelenggu dihati ini mungkin
Inilah kesan cintamu yang mendalam di dasar hatiku
Namun setelah aku ingin hindarinya ia semakin hampir
Datang menemaniku setiap hari seolah-olah menggantikan dirimu
Untuk menemani AKU YANG MERINDU dirimu sayang


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Wednesday 28 December 2011

~hanya satu~~

ketika diriku mulai dibuai bayang aku mulai terbayang saat aku mulai mengenalimu.Sejak itu,aku tahu aku mulai menyanyangimu dan aku ingin mencintaimu namun aku tahu hajatku tidak kesampaian kerana aku tidaklah sempurna seperti wanita lain namun aku masih punya hati untuk selalu mencintaimu.Aku sedar aku bukanlah bintang yang berkilauan di langit menemanimu di malam hari dengan setia memberi cahaya.



Hati ini ingin mengungkapkan rasa ,rasa cinta pada si dia namun hakikatnya aku terpaksa menempuh derita kerana aku terpaksa menyulam cinta dengan insan yang aku tidak sayang.Apakah kau mengerti hatiku ini menantimu dengan sabar hingga kedua orang tuaku ingin menikahkanku dengna seorng jejaka yang tidak pernah aku kenali.Aku harap cinta kita ada penghujungnya iaitu ikatan cinta yang bahagia tetapi cinta kita hanya terhenti disini hanya berakhir dengan airmata yang tidak putus mengalir keluar keranamu.


Rindu ini seakan-akan di selebungi kasih sayangmu dan cintamu semakin hari ia membuat aku sukar bernafas aku lemas dengan pelukan asmara cintamu dan semakin hanyut di bawa deras ombak cintamu tanpa aku sedari aku hanyalah bermimpi untuk memiliki dirimu kembali mungkin inilah takdirku.Hanya engkau ingin ku milikki hanya dirimu sempurna bagiku.Hanya engkau yang satu yang ku cintai percayalah sayang walapun aku dikhianati namun aku tetap cinta.Kerana engkau hanya satu di dunia ini ♥

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Monday 26 December 2011

~kasih sayang ibu~~


"Assalamualaikum mak!! oo mak!! mak pekak ke?? Aiz panggil dari ni sahut la,penat tau Aiz balik sekolah lepas tu kena jerit-jerit panggil mak dah la jalan kaki mak bukan nak beli basikal temgok orang lain semua naik basikal aiz ja jalan kaki penat la mak macam ni"."Ya nak kejap ya ibu sediakan makanan untuk kamu tadi sebentar ya",kedengaran suara ibunya di sebalik dapur.




"Mak...Aiz lapar la mak tadi dekat sekolah Aiz tak makan"."Aiz tak makan lagi nak?Bukankah Aiz membawa bekal ke sekolah?Bekal tu tidak cukup ya?"."Mak ni asyik dengan bekal mak tu je mak tau tak Aiz malu bawak bekal tu macam budak kecil je.Masa sekolah rendah tak apa la bawa bekal ni Aiz dah sekolah menengah pun nak bawa bekal? Mak beri duit sajalah dekat Aiz macam kawan-kawan Aiz semua mak bapak diaorang beri duit belanja sekolah tapi kenapa Aiz tak ada?",seloroh Aiz.Ibunya kaget dengan kata-kata yang telah dilafazkan oleh anaknya itu namun dia hanya mampu menahan sebak di dada dan menahan air mata dari meluncur keluar.



"Aiz..makan dulu ya nak mak masak ikan masin masak asam"."Mak tak ada lauk lain ke muak Aiz ikan masin je hari-hari tak ada ke ayam?"."Nak makanlah mak hanya mampu sediakan ini saja mak tak mampu,mak tak ada duit nak "."Aiz tak nak makan! selagi kita berlaukkan ikan masin ni!",Aiz meluru masuk ke dalam biliknya dan menghempas pintunya ia menghasilkan dentuman yang kuat tanda tidak puas hati.


Maknya memerhati ikan masin masak asam yang masih belum terusik,air matanya mula meluncur keluar secara pelahan-lahan air matanya gugur juga ke bumi,sambil maknya melafazkan doa "YA ALLAH bantulah hambamu yang kudus ini murahkanlah rezeki seharianku agar mudah untukku memenuhi permintaan anakku,kau ampunkanlah dosanya kerana dia tidak mengerti kesulitan yang ku alami ini permudahkanlah dia menerima ilmu dengan senang,amin".



Betapa mulianya hati seorang ibu
biarpun di sakiti
biarpun di khianati
dia masih terus menyumbangkan kasih sayangnya
seorang anak sanggup melukai hati ibunya demi kemahuhanya
tanpa memikir perasaan ibunya
ibu yang melahirkanya
yang hampir nyawanya melayang
sangguplkah kau lukai hati seorang ibu??
hati yang sangat suci
hati yang sukar di cari dan untuk di miliki
bertapa hancurnya hati seorang ibu apabila di herdik
seolah-olah dia bukan ibumu
sampainya hatimu
sedarkah kau bahawa tanpa ibumu
engkau juga tiada di dunia
kau haruslah sayangi ibumu seperti dirimu jua
kerana kehadiranmu padanya ialah rezeki
kehadirannya dalam hidupmu
hanya untuk membesarkanmu
menjagamu dan mendidikmu
agar dewasanya kamu menjadi orang berguna
kasih sayang ibu tidak dapat dinilai
hanya perngorbanan dapat mengembirakan hati ibu
pengorbanan menjaga di waktu tuanya
seperti dia menjaga kita sewaktu kecil



♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Sunday 25 December 2011

HANYA PADAMU

Pada pandangan permataku aku terlihat senyuman manis dibibirmu
Aku ingin terus mendekatimu hingga aku mendapatkanmu
Walau kau jauh dariku ku sanggup mengejarmu hingga ke bintang kejora
Asalkan ku temui cintamu disana ianya demi kamu ♥



Itulah luahan hatiku yang dapat aku coretkan di dalam diariku.Aku suka dia tetapi aku hanya perempuan biasa yang hanya mampu memendam rasa tanpa ingin meluahkan rasa kerana aku tidak berkuasa untuk menggungkap kata cinta.



Suatu hari aku bertemu dengannya di kelas tambahan dia begitu kacak mengayakan t-shirt polo merah jambu dan seluar jeans levis ,aku terpesona dengan kekacakkannya.Aku tidak sedar sekujur tubuh yang mendekatiku namanya ialah Syafiq Danial Haziq jejaka yang selalu aku puja,satu-satunya jejaka yang ku cintai.Aku tidak tahu perasaanya terhadap diriku namun aku terima seadanya jika dia tidak menyanyangiku.



"Hey fiy kau berangan apa tu tak ajak aku sekali?Ke kau terkejut tengok aku ni hensem sangat?"."adoii kau ni fiq aku terkejut tau nasib la muka kau hensem kalau macam hantu tak ke mati terkejut aku dekat sini fiq".Sebenarnya fiq ni kawan baik aku.Aku sendiri tak tahu sampai bila aku menunggu si fiq ni apa-apa sekali pun terjadi hanya dia memikat hati aku.Fiy sabar fiy sabar separuh dari iman tapi aku bukan nak cerita pasal ni aku nak cerita selepas 3 bulan .



Selepas 3 bulan.



Masa berganti masa aku pun dah kapel dengan fiq aku tak sangka dia memerhatikanku setiap masa untuk mencari peluang melafaskan cintanya.Jadi tidaklah rugi aku menanti dia sekian lama,kini dia berada di genggamanku.Hatiku berdetak riang pabila ingin bertemu dengannya namun kebahagiaanku mulai hancur berkecai pabila tarikh kelahiranku menjadi tarikh hitam dalam hidupku.Majlis kelahiranku menjadi hari yang amat memeritkan untuk ku rasakan kerana aku kehilangan fiq,Fiq terkorban dalam kemalangan dan dia mengalami kecederaan parah dalam perjalanan ke hospital dia menghempus nafas terakhirnya,Dia tidak sempat menghadiri majlis kelahiranku dan dijumpai teddy bear yang berlumuran darah di kawasan kejadian.Air mataku menitis pelahan dan ia semakin deras pabila aku terbayang raut wajahnya yang tersenyum manis sambil mengucapkan selamat tinggal sayang.



Biarpun kau telah berlalu pergi sayang
Aku tetap akan menyanyangimu
Akan ku pinta terhadap Ilahi
Agar kau dilindungi dengan rahmatnya



Aku sedar bahwa tangisanku tiada membawa makna
Ia hanya dapat menguatkan hatiku
Tetapi untukmu hanya menyeksakan dirimu di alam sana
Aku akan cuba melupaimu walapun ia sukar



Hanya padamu ku meluahkan rasa
Hanya padamu yang ku cinta
Hanya padamu yang ku puja
Hanya padamu sayang


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Saturday 24 December 2011

‎~~IBU!~~~

ibu,,
dikala aku menitiskan airmataku
engkau datang menghapus dukaku
tetapi aku hanya membuat dirimu menitiskan airmata kerana karenahku
tanpa aku sedari aku telah menyakiti hatimu

ibu,,
kasih sayangmu tidak dapatku nilai
begitu menggunung cinta dan kasih sayangmu kepadaku
namun cintaku padamu hanya setitis
hanya kekasih hatiku yang aku puja bukan dirimu ibu
aku tidak sedar kau telah berkorban nyawa untuk melahirkan aku di dunia ini
entah mengapa kekasih hatiku yang selalu ku puja
padahal dirimu berharga bagiku

ibu,,
maafkan aku
maafkanlah kesalahanku
kerana aku telah menderhakaimu
maafkan aku ibu
halalkan air susumu yang mengalir di tubuhku
maafkan aku ibu
aku telah memarahimu
maafkan aku ibu kerana ketika kau memukulku
aku menyatakan dirimu kejam
padahal setelah kau memukulku
kau jualah yang mengubatiku
tetapi aku tidak memahami semua itu ibu
maafkan aku
kerana dirimu begitu mulia disisi ALLAH
tanpamu tiadalah aku
biarpun beribu kemaafan yang ku pinta
ia tidak akan dapat membaluti lukamu
biarpun dirimu sudah memaafkanku
tetapi luka di hatimu tidak mudah unttukku ubati
maafkan aku ibu..
maafkan aku.

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Friday 23 December 2011

C - cintanya aku terhadap dirimu sukarnya untuk ditandingi kerana cinta
I -ini akan melebihi segalanya
N - namun aku tidak tahu meluahkan rasa ini mungkin ia akan
T- terungkap suatu hari nanti
A-aku sendiri tidak pasti aku hanya mampu menunggu sehingga aku memberanikan diri

A-apakah cinta ini akan berakhir dengan air mata ataukah cinta ini
B-berakhir dengan tangisan kegembiraan
A-apakah itu semua akan terjadi??
D-dengan kekuatan cintaku terhadap dirimu aku pasti cinta
I- ini akan menjadi CINTA ABADI di dalam hatiku kerana hanya kamu pengubat hati ku

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Thursday 22 December 2011

c-cinta ini sampai kapan pun aku akan menanti demi cinta
i-ini akan aku lakukan apa saja untuk mendapatkanya
n-namun didalam percintaan akan terwujudnya jurang sebelum
t-terwjudnya cinta sejati kerana cinta yang sejati sukar untuk dimilikki ia
a-akan terbukti jika kau menerima aku dengan seadanya

d-demi cinta jualah tellah aku relakan seluruh nyawaku hanya untukmu
a-aku berjanji kau akan bahagia bersamaku
n-nanti kerana cintaku tidak lama lagi akan menyulam ke dalam hatimu

p-pernahkah kau terfikir aku ini hanya ilusi mu??
e-ertinya aku padamu??
n-namun aku tidak kecewa dan berputus asa kerana
g-gundah di hati ini hanya berkocak sementara saja
o-oleh itu aku sanggup melakukan apa jua untuk meragut cintamu
b-bagiku nyawaku tiada nilainya nyawaku seakan-akan hilang setelah
a-aku bertentang mata denganmu kerana dengan
t-terbitnya CINTA DAN PENGOBAT maka cinta menguasai dunia

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

K-kehadiran dirimu membuat hatiku tidak menentu dengan kehadiran cinta
A-aku jatuh cinta padamu walaupun cinta ini bukanlah cinta pertamaku namun cinta ini
U-untuk yang terakhir padaku itu yang aku tahu

D-dan hadirmu mempesonakan aku
A-aku tahu aku bukanlah seperti yang harapkan
N-namun ku harap kau beri aku peluang kepadaku agar diriku dapat membahagiakanmu

A-aku tahu itu amat sukar bagiku untuk membahagiakanmu namun aku ingin
K-kehadiran diriku adalah membahagiakan bagimu hanya itu yang aku mahu
kau bahagia bersama ku
U-untuk selamanya kerana wujudnya KAU DAN AKU maka terwujudlah cinta yang abadi

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

K-kesepian hatiku mula membuak saat kau hilang kerana tempat
U-untuk ku meluahkan rasa telah tiada disisiku namun aku harus merelakannya walaupun aku tidak mau ia terjadi

H-hati ini mungkin terluka atas kegagalanku sendiri kerana
A-aku genggaman tanganmu dan disitulah terbuktinya kecuaianku tanpa aku sedari kerana kau berada di genggamanku
N-namun aku melepaskanya betapa bodohnya aku.. sesungguhnya dirimu
Y-yang selalu menemani malam sepiku ..sayangnya
A-aku mempersiakan diriku dan perbodohkan diriku untuk memberi kau bersama yang lain

M-mungkin disuatu saat nanti kau akan menjadi milikku
I-ini mungkin khilafku untuk
L-lepaskan genggamanmu namun aku telah berlajar erti pengorbanan..perngorbanan sebuah cinta
I-ini takkan pernah menghampakan aku untuk berhenti mencintai mu
K-kerna bagiku kau yang pelengkap hidupku
M-mungkin nanti kau kembali ke sisiku
U-untuk menemani hariku dan menerangi mimpi gelap sunyiku yang sepi tanpa cinta ku kerana KU HANYA MILIKMU ...hanya milikmu sayang

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Tuesday 20 December 2011

s- seandainya aku terpisah darimu apakah
e-engkau akan setia padaku untuk sekian
l-lama ataukah cinta ini hanya mekar
a-atas bibirmu saja dan kata-katamu semuanya dusta
m-mampukah aku hidup tanpa dirimu??
a-ataukah aku hanya menitiskan air mata untuk memberi kekuatan
t-tanpa jemu??? apakah itu kesudahan hidupku??

m-mungkin kehadiranmu hanya sementara untukku meski
a-aku terpaksa melepas genggamanmu aku akan
l-lepaskan namun di hatiku masih mengalirkan namamu di seleruh tubuhku tanpa jemu
a-aku begitu sukar melupakanmu ku harap kau menghargai cintaku
m-mungkin ini anugerah cintaku yang terakhir hadirnya dari dirimu

s-sungguh tak ku sangka kau tidak pernah hilang dimataku biarpun
a-aku memejamkan mataku ataupun aku membukakan mataku hanya wajahmu
y-yang ku terbayang sukarnya untukku mengusir bayangan mu untuk sementara waktu
a-aku ingin cube melupakanmu bukannya aku tidak mencintaimu
n-namun aku ingin cuba melupakanmu agarku tidak terlalu ingin bersamamu seperti dalam mimpi yang
g-gelap kau muncul bersama cahaya dan aku sering membsik padamu

selamat malam sayang agar dirimu menemaniku di dalam mimpi

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Monday 19 December 2011

s-sendu dalam hatiku telah kau ubati
a-aku berterima kasih padamu sayang kau
y-yang membuat aku tidak pernah melupaimu
a-aku juga sentiasa merindui belaian kasihmu
n-namun adakah kau akan kau sentiasa disampingku
g- gembira meniti hidup bersama??

a-ataukah itu semua tidak mungkin terjadi kerana
w-waktu telah merubah fikiranmu
a-aku hanya ingin bersamamu
k-kerana saya

♥ sayang awak ♥


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

a-aku menjadi buntu bila raut wajahmu hilang ,apakah
k-kau menghilang dan menjauh dariku buat selama-lamanya
u- ungkapan ku ini benar merasuki fikiranku

r-raut wajahmu bermain difikiranku namamu bermain dibibirku ia
i-ingkatkan aku dengan kisah kau dan aku selama ini
n-namun aku tau kau tidak mungkin meninggalkan aku sayang tetapi
d-didalam dadaku hanya untuk dirimu
u-untuk dirimu mengisi cintamu untukku kerana
<3 AKU RINDU <3
♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

A - aku yg begitu dahagakan cintamu
Y - yang suci lagi tulus dan betapa
A - agungnya cintamu padaku
T - telah membuatkan ku merinduimu selalu dan ternyata
C - cita-citaku suda menjadi kenyataan , jadi
I - inilah janjiku padamu sayang
N - nescaya ku takkan pernah berdusta dan ku sanggup menjadi
T - taruhan sebagai galang ganti nyawamu sayang , sesungguhnya
A- aku amat mencintai dirimu sayangku .

♥ Ayat Cinta ♥


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

h-hanya dirimu sayang memaut hatiku dan
a-aku merasa bahagia dengan kehadiran dirimu disisi tanpa di
n-nanti.. ku bahagia melihatmu tertawa serperti
y-yang aku harapkan ku ingin kau bahagia di samping
a-aku yang engkau sayang dan hanya engkau yang aku cintai

k-kau jualah yang membuat aku hilang arah tuju kau jualah pengubat hatiku
a-aku yang layu dengan sikapmu
m-mungkin kau jodohku dan engkau
u-untukku selamanya sayang itu janji ku
<3 <3 hanya kamu <3 <3
♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Sunday 18 December 2011

s-siapakah yg bertahta dihatimu?? kerna bagiku
e-engkau adalah anugerah dlm hidupku bt selama
l-lamanya..
a-aku juga
m-mengerti bahwa diriu tidak mempercayai
a-aku,,namun
t-tidak pernah aku melukakan hatimu biarpun

p-perit hidup tanpa dirmu namun
a-aku tetap mencintaimu walaupun aku
g-gagal memaut hatimu tapi dirimu masih
i-indah ku bayangi seperti

c-cinta ku yang tidak pernah luput dihatiku
i-itu kerana cinta ku hanya edisi terhad untukmu
n-namun kau jua usah gundah kerana
t-tidak pernah wujudnya jurag diantara kita itu janjiku kepada padamu
a-aku menyanyangimu setulus hatiku


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Friday 16 December 2011

C_CINTA
I_ INI HANYA MILIKMU
N_NAMUN KAU USAH MEMPERCAYAI KATA2 PERASAANMU KERANA CINTAKU
T_TELAH TERUNGKAP SAAT AKU MELAFAZKAN
A_AKU CINTA PADAMU

I_ITU MEMANG TULUS DARI DASAR HATIKU
T_TAK PERNAH TERBATAS WALAUPUN ADA YANG LEBIH BAIK DARIMU NAMUN CINTA IN HANYA
U_UNTUKMU DAN

B_BUATMU UNTUK SELAMANYA SYG KERANA KU XSANGGUP
U_UNTUK MELUKAKANMU BIARKAN KU
T_TERPAKSA UNTUKKU MELEPASKANMU NAMUN
A_AKU TAKKAN MELEPASKANMU


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

c_cinta
i_indah membuatknku
n_nantikanmu namun
t-terpaksa melepaskanmu jua
a_akhirnya aku mengalirkan air mata

D_dan
a_aku hilang dirimu yg selalu menemaniku ku jua
n_nantikanmu agar kau

b_bisa menerima cinta ini kembali dengan
e_engkau
n_nilai
c_cinta
i_ini dengan hatimu yang terbuka



♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Thursday 15 December 2011

Adakala cinta menjadi duri di dalam dada
Tetapi cinta jualah yang merwarnai jiwa
Tanpa cinta musnahlah dunia
Kerana cinta kita harungi semuanya bersama

Cinta yang terindah yang sejati dlm hidup
Ia hanya mampu terungkap dgn cinta ilahi
Kerana cintanya terlalu agung
Dan dia sentiasa memberi kita cinta
Walaupun cinta kita tidak sempurna

Dengan kehadiran cinta wujudlah segalanya
Dengan cinta terungkaplah segala yang xpernah diungkapkan
Namun tiada ssiapa yang kenal erti yg sebenarnya
Hanya ALLAH yg dpt mengungkapkanya

Kegundahan didalam jiwa terwujud tatkala cinta membara
Dadaku berdetak lebih kencang semakin hari ku rindu padamu
Yang hanya mampu ku bina di dalam hatiku
Hanyalah yang ku mampu menantimu tanpa jemu

Tetapi dirimu menghilang dan menghilang
Aku mulai ingin melupakanmu
Kerana mungkin kau tidak tercipta untukku
Ku hanya memerlu cinta ilahi

Ya ALLAH kau selamatkanlah aku
Dan kekasih yang ku cintai padanya
Dan ku hanya mampu bersujud padamu
Hanya engkau tempat ku mengadu

Padamu jualah tempat hatiku meluahkan perasaan
Yang tak dapatku ungkapkan dengan kata
Yang hanya ku mampu berserah kepadamu
Kerana tak tertanggung sakit yang ku rasai ini


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Tuesday 13 December 2011

Dear lovely you
I think I can't continue
My journey without you
Even though I needed you
And don't you wanted me too?

Please come to hold me the nearest
I will bring you out from the darkness
To the lights to the sun along the beaches
You are everything that I dream for long restless
You whom I would save from the deep coldness
You are the shine that warming me timeless
Only you could take away this emptiness

You are my everything
My veins to make me breathing
Always be the air that makes me flying
And you please don't ignore this love gone dying.

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Sunday 11 December 2011

sayang...
mengapa...
setiap langkah ku memikirkanmu
setiap detak jantungku meragui dirimu
setiap hariku merindui mu
setiap relung hatiku membisik merdu suara mu
setiap kata dibibirku ungkapkan kata cinta padamu
tetapi...
usahlah kau bersusah hati memikirkanku
usahlah kau meragui cintaku
usahlah kau merinduiku
usahlah kau besedih
kerana...
cinta ini tulus padamu
aku sentiasa berada dihatimu
aku sentiasa ingin menemanimu
aku sentiasa menemani mu dalam tidurmu
aku tidak mahu engkau resah tanpa kehadiranku
aku tidak mahu kau memikirkan ku hingga dirimu terabai
aku tidak mahu kau terluka
aku juga sentiasa melafazkan kata cinta padamu di dada ini
aku juga ingin melihatmu bahagia
sayang..
dengarlah kata2 ku ini...
ku amat mencintaimu.....
ini takkan berubah...
jika aku mati saja yang dapat merubah segala....
kaulah bidadariku sayang...
ku takkan melupakanmu sayang....


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Air mata jatuh berguguran
tanpa henti menanti kehadiranmu yg lama menghilang
air hujan jatuh ke bumi menemani nestapa yg bergelora di hati kecilku
tiada siapa yang tau di dalam gelak tawa ku
riak wajahku yang manis
di dalam hatiku sedang menangis
menanggis kerana menantimu dengan setia
bukan keterpaksaan kerna demi kau yang ku cinta aku rela
rela menahan sebak di dadaku ini
walaupun ku tak tertahan menahan rasa ini
cobalah kau mengerti perasaanku ini
yg terus menantimu hingga kini
aku terus menanti tanpa bayangmu


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Saturday 10 December 2011

hembusan angin membisik cinta
cinta yang membuat aku leka
sayang percayalah hanya engkau yg aku cinta
kerana bayngmu yg membuat aku leka

cinta ini takkan mati
hanya kau dihatiku
cinta ini selamanya dihatiku
kerana namamu tersemat dihatiku

ku ingin mengebar sayap cinta
mengebarnya membaluti tubuhmu
kerana aku mencinta
aku hanya menunggu mu


germersik suara merdu menyanyi syahdu
aku merindu mu selalu
kerana namamu menbuat hariku manis seperti madu
kerana raut wajahmu yg ku terbayang selalu

rindu ku padamu xkn pernah trpadam
kerna namamu sudah terukir di dadaku
rindu padamu penambah rasa
rasa cinta ku semaikn dalam


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

sayang..
dirimu bagaikan bulan...
dan diriku bagai matahari...
dan apabila kita bersatu , terjadilah gerhana yg sungguh cantik...
yg dapat menutup semua kekurangan diriku...
dan membuatkan diriku begitu sempurna bersamamu selamanya....

sayang...
mengapa jantung ini memanggil namamu...
saat ku lihat bulan yang dilitupi matahari...
seperti hatiku jua...
yang kau litupi dengan cintamu ...
agar hatiku tertutup untuk mencintai jejaka lain...

sayang..
indah sungguh mlm ini...
sungguh ku tak ingin masa ini berlalu...
kerana diriku mahu setiap saat bersamamu...
sungguh cepat masa ini berlalu...
rasa sayang sekali ingin berpisah...

sayang...
jika dirimu merindui diriku...
lihatlah pada bintang yg paling terang...
dan ingatlah bahawa diriku juga amat merindui dirimu ....

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

L- SYG,, ABG SYG SYG TAU JGN TINGGALKAN ABG
P-YE ABG SYG XKAN TINGGALKAN ABG
L-KONTRAK CINTA KITA SELAMANYA KAN??
P-SELAMANYA ABG TAKKAN PERNAH TERBATAL
L-ABG PERCAYA SYG2 JGN RISAU

SETELAH BERABA BULAN --
P-ABG RINDU ABG(ANTAR MESEJ KT LAKI TU)= TATE BALASAN
P-ABG.. ABG PERGI MANA ABG XDE KEDIT KE XPE LA (XBERBALAS JGK)
P-ABG...(SERUAN XDI SAHUT)
P-ABG...(LALU MENERIMA MESEJ TP,, MESEJ TU TERULIS)

CIK TUAN PUNYER NOMBOR NI TELAH MENINGGAL DUNIA SEMALAM KERANA DIHIDAPI PENYAKIT BARAH OTAK... BELIAU SUDAH MENINGGAL DUNIA...

LALU PUAN TU XPERCAYA LALU PERGI KE RUMAH LELAKI TU
DENGAN BERGUGURAN AIR MATA
TIBANYA DI RUMAH KEKASIHNYA~
KEDENGARAN SURRAH YASSIN BERKUMANGDANG DI RUMAH ITU,PEREMPUAN ITU MELANGKAH DENGAN HATI YANG BERAT TETAPI APABILA DY MENUJU MASUK KE DALAM RUMAH ITU SEORG PEREMPUAN TUA MENYAPANYA DAN MEMBERI SURAT

SURAT ITU TERISI~~

SYG...BUKKAN ABG XNAK BALAS MESEJ SYG TP MASA TU ABG SAKIT SGT KEPALA ABG PENING XTAHAN SYG TP ABG CUBA TAHAN SBB ABG XNAK SYG KECEWA SBB ABG LEMAH MASA ABG TULIS SURAT NI ABG BERADA DI HOSPITAL KEPALA ABG SAKIT SGT SYG... ABG MINTAK MAAF KERANA BT SYG MENUNGGU ... MENUGGU MESEJ DARI ABANG SYG MAAFKAN ABG JUGA KERANA ABG TERPAKSA MEMBUAT SYG RINDU KT ABG KERANA ABG DH XKUAT SYG... ABG SYG SYG ♥ ....SYG JGN SEDIH SEBAB ABG TAU SYG KUATKAN KONTRAK CINTA KITA MEMANG TAKKAN HABIS SYG KERANA CINTA KITA SAMPAI KE SYURGA.. JAGE DIRI TAU ABG TERPAKSA PERGI ABG XKUAT

DGN AIR MATA YANG MELIMPAH WANITA ITU MELURU MASUK KE DALAM RUMAH DAN WANITA ITU TERKAKU MELIHAT SEKUJUR TUBUH YG TERBARING DI DLM RUMAH ITU ADALAH KEKASIHNYA

SMPAI KINI PEREMPUAN ITU TIDAK DAPAT MELUPAKAN KEKSAIHNYA BETAPA DIA MENYAYANGI KEKASIHNYA SEPERTI AKU YANG MENNYANYANGI KEKASIH KU

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Thursday 8 December 2011

bulan bintang berkedipan di mlm hari
ku menrindui mu setiap hari
ku mencintai mu hari demi hari
hanya dirimu yg menerang hari

menerangi hari yang kian mendung
mendung hatiku keranamu
kerana rindu tidak dpt ku bendung
hatimu resah merindui mu

fikiranku melayang2
menunggu kepulangan kau sayang
makin hari ku mabuk kepayang
mabuk cinta mu membuat ku melayang

jiwa resah memikirkanmu
memikirkanmu kerana menyanyangimu
jiwa ini susah ingin melupakanmu
kerana ku amat menyanyangimu

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Tuesday 6 December 2011

disini aku menanti dirimu
namamu selalu menjadi pujaan di hatiku
agar kau datang menyemai cinta bersamaku
kerana bagiku hanya engkau penyeri hatiku

ku mulai jatuh hati padamu
saat kau merenung mataku
dan aku menjadi kaku
dan aku jatuh cinta padamu

ku selalu berdoa agar kau jadi pendampingku
kerana ku sukar melupakanmu
padangan matamu
membuktikan betapa tulusnya kasih sayang mu

dan kini aku bersyukur
kerana doaku dimakbulkan
dan engkaulah jodoh ku yang selama ini ku cari
sesungguhnya engkau milikku syg

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

jantungku ini masih milikmu
raga ini hanyalah untukmu
kemana kau menghilang
walaupun ku sudah berpunya
tapi ini semua pasaan darinya tanpa aku merelakannya
dia juga tidak mampu mengukir namanya direlung hatiku
kerana namamu masih tersemat dihatiku tanpa aku memadam namamu
dia hanya mampu mampu membisikkan kata cinta
dan aku membalasnya tanpa tulus
apakah kau mengerti perasaan ku yang sedang menangis
ataukah kau sudah melupakan ku
ku harap kau akan menangis pabila kau tau ku hanya mencintai mu


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Friday 2 December 2011

adakah cinta ini dipermainkan oleh mu
setelah ku berikan cinta yang tulus padamu
dan kau pun pergi meniggalkan aku
sekian lama kau menjauh kau pulang ke dakapanku
apakah kau mencintaiku
atau kau hanya ingin menyakitiku
pergilah kau dari sisiku
kerana ku tak ingin kisah yang dulu menyelubungiku
berlaku kembali
itu sejarah hitam yang pernah ku alami dan ku tak ingin ia terjadi
ku ingin kau pulang ke pangkuan dia yang sayang
seperti ketika dahulu kau meninggalkan ku tanpa berita
dan air mata ini jatuh kebumi setiap hari tanpa jemu menunggu kepulanganmu
namun setelah ku menunggumu ku hanya mendapat seksa
seksa menahan rindu ku padamu
namun penantian ku hanya sia2
sedangkan kau bergembira bersama si dia dan aku berduka
patutkah kau tinggalkan aku begini seperti waktu dahulu
maafkan ku sayang
sememangnya ku mencintaimu
ku rindukanmu setelah sekian lama aku menunggumu
namun ku tak bisa melupakan sejarah silam itu
ku tidak sanggup melaluinya lagi
maafkan aku sayang
ku harus meninggalkanmmu walaupun ku tak sanggup melihat pujuk rayumu
kerana ku tak ingin mengulangi kesilapanku yang dulu
ini semua kerana ku amat mencintaimu dan ku ingin kau bahagia dengan si dia

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

ku takkan lepaskan genggaman ini
walaupun seandainya ada kaca
yang ingin memutuskan tali percintaan ini
ku tkkan melepaskanmu

seandainya ku punya hatimu
akan ku manja dan ku belai hatimu
dgn pnuh kasih syg
dan takkan ku lukakan hatimu
walaupunpun seguris
kerana jika kau berasa sakit
aku lebih merana drimu

seandainya ku punya kamu
akan ku dakapmu dgn pnuh syg
dan seerat-eratnya
ku jua takkan melepaskanmu
walaupun sesaat kerana ku bagai hilang cahaya
ketika malam menjelma
hatiku berkocak bagai lautan yg bergelora
air mataku mengalir bagi hujan yang turun dgn lebatnya
kerana kau begitu berharga bagiku
kerana jika ku kelihangan mu
htyku xmenentu dan menjadi buntu untuk mencari mu
kau seperti mutiara yang jatuh didalam lautan
ku tidak mungkin dpt mencari pengganti seprtimu syg
ku sangat mencintai mu takkn ku melupai mu biarpun
kita x mungkin bersatu
dan mungkin ini hanya hayalanku semata-mata

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Thursday 1 December 2011

Pernah kah kau mengerti
tentang diriku ini
pernah kau mahu mengerti
tentang hati ini
jua pernahkah kau ingin mengerti
tentang aku..
betapa hebat cintamu
memberi aku seribu sendu
betapa indah kasihmu
memberi hamparan rindu
selautan kecewa nan bertahta
kan ku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku
akan jadi yang terindah
dalam hidupku ini
mungkinkah hadirmu nan seketika ini
milik ku.......

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥