Dear my future husband you are nothing for me but you are everything for me ♥

Saturday 2 June 2012

Ketika aku sendiri menjalani hari-hari sepi
tanpa hadirmu sungguh aku tak mampu
tanpa senyuman mu
hari-hari ku ini

Adakah aku sudah tidak berarti bagimu?
ingin saja aku lontarkan rasa itu
ke dalam lautan agar ia terkubu buat selamanya
biarkan rasa itu menghianati aku lagi

Tetapi
hatiku sering menyatakan
cinta kau untukkku semakin luntur hari demi hari
namun aku biarkn saja kata-kata itu belegar-belegar di benakku

Sayang
fahamilah perasaanku ini
sungguh aku menyanyangimu dan mencintaimu
hingga nadiku terhenti

Janganlah kau dustai cinta ini
sesungguhnya cinta ini sentiasa mewarnai hariku
dan mengharungi detik indah bersamaku
janganlah kau lenyapkan semua itu sayang


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

hatiku jatuh
dan terus menjarakkan diri dari jasadku

ku izinkan dirimu
mencuri hatiku
membelai hatiku
menyimpan hatiku di dalam hatimu
ruang hatimu yg dalam
tanpa ada sesiapa yang tahu
cinta mulai berputik di antara kita
abadi selamanya hatiku bersamamu ♥

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

rindu yang semakin mendalam membuat hatiku semakin dekat denganmu...seakan-akan enggan berpisah.. kerana rindu ini tidak dapat ku bendung..semakin aku bersabar semakin aku terlanjur merinduimu..seperti titisan hujan ..yang semakin ku tadah dengan tapak tanganku ..dengan penuh kasih sayang...tetapi semakin banyak yang tercicir dari tangan...sesungguhnya rinduku padamu tidak dapat ku bendung sayang...

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

semakin jauh kau melangkah
rindu ini semakin bertambah
mulai menapak didada
ingin saja ku campakkan ke dalam lautan
agar ia mengalir bersama airmataku yang jatuh berderai
tanpa sedar ia gugur ke bumi

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

hati terus berombak deras
tika aku hilang bayangmu
empangan air mataku tidakku tahan
ia terus pecah
dan mengalir membasahi pipi
tanpa henti
kerna hidupku sudah tidak berarti tanpamu

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

awak......
saya marah awak bukan sebab bencikan awak
tapi......
saya risau awak sakit
dan awak tinggalkn saya
mesti saya rasa bersalah sebab tak jaga awak

awak...... saya sentiasa mendoakan kesejahteraan awak
walaupun saya tau awak belum tentu awak ingat saya
tapi saya tak kesah
janji awak ada di sisi saya dan bahagia disamping saya

saya selalu kecewa bila awak tak balas mesej saya
sebab saya rasa awak telah pergi jauh dari hidup saya
walaupun sekejap
air mata mengalir tanpa kata

awak.....
kalau awak tak sayang saya seperti saya sayang awak
saya tak kesah
kerana awaklah pelangi yang sentiasa mewarnai hari-hari saya

meski saya takkan menemui pengganti awak
kerana awak dah terbuku dalam kenangan lalu
awak terlalu istimewa untuk ditandingi
sebab saya sayang awak

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Andai kau dapat melihat hatiku
Andai saja kau dapat membaca fikiranku
Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu,
Menghiasi hari-hariku
Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku
Cintailah aku dengan kesungguhanmu

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

walaupun disakiti dan di khianati ..
aku tetap memberi maaf ..
peluang kedua masih terbuka untukmu ..
namun jika kau mengulangi khilafmu..
mungkin aku takkan memaafkanmu ..
kerana aku manusia biasa yang memiliki hati ♥

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

cinta...
tanpanya hidup ini suram..
tanpa ada burung berkicauan..
tanpa gelak tawa,gurau senda..

ada titis air mata yang mengalir ..
mengenang cinta lalu..
yang mungkin akan terukir di hari-hari..
yang terkadang mengusik hati ini..

hadirnya cinta..
melakar bahagia sambil menggenggam erat tanganku untuk terus disampingmu..
membuat aku tersenyum indah...
dapat bersamamu selamanya...
sayap cinta kita kini berterbangan indah
menuju langit bahagia..


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

awak..
mungkin saya benci awak..
tapi ..
awak tahu tak
jauh di sudut hati saya ingin awak kembali
saya rindu awak sangat..
walaupun awak tipu saya..
saya tak peduli ..
saya tetap mencintai awak...
saya kenal awak walau awak tak mengaku awak itu awak...
saya sedih tau awak..
sampai hati awak buat macam ni dekat saya...
hati saya sakit ..
sakit sangat..
saya tahu saya tak sempurna..
tapi kenapa awak tak izinkan saya untuk sempurnakan hari-hari awak?
apa salah saya?
besar sangat ke salah saya?
sampai saya perlu rasa sakit macam ni?
awak...
awak tak kesian ke kat saya?
saya rindu awak sangat2
kadang2 saya rase xnk hidup
sebab awak tak ade bersame saye..
awak..
saya mintak maaf saya tak dapat tahan tangisan ni sampai behenti
saya mintak maaf kerana terus berharap awak hadir dalam hidup saya
saya mintak maaf kerana saya takkan behenti merindui dan menyanyangi awak
saya mintak maaf awak saya sedar saya tak layak untuk awak



♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

: Awak ...
mungkin bagi awak saya tak sempurna
tapi bagi saya awak begitu sempurna
kerana..
awak telah sempurnakan hari-hari saya dengan indah
saya bahagia...
walaupun kita tak seromantik orang lain
cukuplah hanya ada awak dan saya
yang sanggup mengukir langit cinta ini

tapi... sekarang?
siapa akan membantu saya?
sekarang,awak telah meninggalakan saya
kenapa awak tak membawa saya pergi bersama awak?
saya sedih..
sekarang, saya sunyi
tiada lagi langit indah di hari-hari saya
hanya warna suram,kelam dan jauh dari xahaya cinta kita semai dulu

awak...
awak saya doakan awak bahagia disana..
maafkan saya..
saya tak mampu hidup tanpa awak..
maafkan saya..
saya tak mampu cari pengganti awak..
maafkan saya..
kerana saya masih berharap awak kembal


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Biarpun aku terus menanti dirimu
di setiap sang suria menyapa pagiku
hingga sang bulan menemani malamku
aku tidak akan jemu menanti hadirmu ♥ ♥
sesungguhnya tiada lain
hal terindah dalam hidupku
hanya kamu =)


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Aku sendirian di halaman rumahku.Fikiranku pula tidak pernah melayarkan fantasinya.Aku terbuai dengan kicauan burung menyanyi merdu dan hebusan angin yg mendamaikan hatiku.Aku menanti si dia yang tidak menampakkan diri .Tiba-tiba aku tersedar ke alam yang nyata, kelihatan susuk tubuh yang amat ku kenali iaitu Hariz Daniel,aku terpana melihat baris senyumannya hingga aku kembali ke alam fantasi.Aku tidak sedar pada masa yang sama Niel sedang menatap wajahku kerana aku begitu asyik menatap wajah.Aku rindu akan wajah itu.

"Arisha Sofia..ape yang di menungkan tu? sampai saya yang besar ni dekat depan awak pon awak tak nampak ye?" dia menyapaku dengan manja.Alahai..hensemnye dia,ni yang buat aku lagi lemah ni.Aku hanya berbicara dalam hati.'' Hehe! Assalamualaikum NIel.Sorry la Aris tak perasan tadi.Terkesima tengok arjuna tiba-tiba muncul dekat depan Aris ni"aku melemparkan senyuman lebar."Niel pun nampak bidadari tadi,Niel rindu pada bidadari tu..Aris ade nampak tak bidadari dekat sini tadi?''.Redup matanya menatap aku sambil tersenyum.

"Niel! tengok sana tu!! Aunt panggil...".Aku bingkas bangun dan berlari menuju ke arah sawah yang terbentang luas.Niel mengalih pandangannya ke arah rumah namun tiada sesiapa disitu,lalu dia menghalakan pandangannya kepadaku.Kelihatan aku sedang berlari anak sambil melambai kearahnya."Aris!!!!!! tengok de..pan......."."Argghhh tolong Arish!!tolong Arish,Niel!!!!!!''.Aku terjerit kuat apabila aku terjatuh ke dalam sawah.Niel pula ketawa berdekah-dekah menuju kearahku.Setibanya Niel di tepi sawah dia mengulurkan tangannya untuk membantu ku ,namun otakku sendang berfikir untuk mengenakan Niel yang telah mentertawakan aku,lalu aku rentap tangannya membuat dia turut sama jatuh ke dalam sawah."Arish!! apa balas dendam ya? nah ambil ni" Niel melumur lumpur di wajahku.Aku pon turut membalas tindakannya.Akhirnya kami berdua mandi lumpur pada hari itu.

Terkadang pabila aku mengingati saat aku bersamanya membuat aku tersenyum sendiri,sayangnya dia telah terbunuh dalam perjalanan pulang ke rumah halamannya pada 3 tahun yang lepas.Ingin saja aku lupakan kisah hitam yang menghantui diriku ini namun aku tak mampu.

kini..

Hanya gerimis hujan menemani hari-hariku.Titis demi titis menusuk ke jiwaku.Begitu sakit aku rasakan.Masih adakah ruang untukku bersamamu?Atau hanya bayangan yang merelakan itu terjadi.Pernahkah kau mengetahui hatiku sering memanggilmu untuk sentiasa dekat disampingku?.

Terkadang aku menyesal membiarkan kau berlalu meninggalkan ku sendiri.Aku sepi.Sepi tanpa gurauanmu yang sentiasa bermain di fikiranku namun sayangnya kini hanya fantasi.Sungguh aku tak sanggup menahan tangisku dari terus gugur kerana aku sangat merinduimu.Entah sampai kapan aku harus begini.



♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

saya suka awak pandai melukis dan mewarna
kerana saya berharap awak sentiasa bersabar dan
teruskan usaha awak untuk mewarnai hidup saya

tapi

saya tidak berharap awak menjadi chef
cukuplah sekadar awak rasa apa yang saya rasa

saya tidak berharap awak menjadi seorang doktor
cukuplah sekadar awak menemani saya saat saya kesepian
dengan gurau senda awak

saya tidak berharap awak menjadi seorang akauntan
yang perlu menghitung cinta saya pada awak
cukuplah sekadar awak tahu saya cintakan awak



♥ Thanks kerana sudi membaca ♥