Dear my future husband you are nothing for me but you are everything for me ♥

Friday, 13 January 2012

Haruskah aku merindumu
Dan hanya dapat menanti dirimu
Ataukah ini hanya mainan perasaan
Yang menyulubungi hati ketika aku jatuh cinta

Dalam kesamaran
Aku cuba mencari cintamu
Sungguh aku sayang
Sungguh aku cinta
Sungguh aku rindu
Namun aku buntu
Apa yang harus aku lakukan
Untuk mencari cintamu
Betapa sukarnya aku untuk menggegam erat tanganmu
Dan memancarkan cahaya cinta bersama
Agar diriku terbang bersama sayap cintamu yang suci menuju cahaya kebahagiaan

Tetapi sayang
Dirimu hanyut di bawa ombak cinta bersama dirinya
Namun itu tidak membataskan
Diriku untuk mengejar bayang wajahmu
Hatiku untuk merinduimu
Bibirku untuk menyeru namamu
Biarpun aku terseksa demi
Pertahankan cinta dan kasih sayang
Yang enggan aku tegangkan dan
Enggan aku leraikan
Aku sanggup
Walaupun kau menjauh dariku
Aku masih sayang padamu
Kerana kau cinta sejatiku sayang....






♥ Thanks kerana sudi membaca ♥