Dear my future husband you are nothing for me but you are everything for me ♥

Saturday 31 March 2012

aku ingin hadirmu memeluk eratku
dalam dakapan hangat cintamu
terbang bersamamu
meleparkan sayap cinta bersamamu seluas-luasnya
memenuhi langit biru
yang indah di hiasi cinta kita ♥

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

aku tak keharuan
keresahan...
kesepian...
tanpa ada bahagia mekar mewangi hari-hariku
hari ku kosong..
kosong tanpa ada gelak tawa yang mewarnai raut wajahku
hanya ada tangisan....


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

kisah silam jauh menjarakkan diri dari aku
namun hatiku masih terkubur bersama kisah lalu
biarpun aku mahu melupakan
tetapi
ia menerjah hatiku
menusuk jantungku
membuat aku pilu,terluka karna merinduimu
terkadang aku tak kuat menahan pedih di dada
aku menitiskan air mata
membanjiri hariku
dengan selebat-lebatnya



♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Thursday 29 March 2012

Sayang
seandainya aku lautan yang luas
akan ku isi lautan ini dengan cintaku
untukmu
hinggalah kau tak dapat menghitung
menghitung ombak cintaku
yang melanda hatimu

Sayang
seandainya aku sang suria
akan ku terangi hatimu
dengan cahaya cintaku
yang membara memanah hatimu

Sayang
seandainya aku burung yang beterbangan
ingin saja ku lemparkan sayap cintaku untukmu
hanya untukmu
tika kau berduka
akan ku nyanyikan lagu untukmu
seperti burung yang berkicauan
untuk menghiburkan hatimu
dan melihat senyuman yang mekar indah di bibirmu


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Wednesday 28 March 2012

sayang...
seandainya aku pelangi
aku akan selalu warnai hari-harimu
biar sentiasa terhias indah
untuk menjadi penyejuk hatimu

sayang..
seandainya aku bintang
aku akan selalu menghiasi malammu
agar dirimu selalu memandangku
tanpa jemu
hingga kau melelapkan matamu

sayang..
seandainya aku titisan hujan
aku akan selalu membasuh lukamu
kerna aku tidak sanggup kau terluka

sayang..
tanpamu
meski
hari ini lenyap tanpa hadirmu
gelap tanpa cahaya cintamu
seolah hariku kosong tanpa pernah diisi rasa cinta

sayang...
ingin selalu ku genggam tanganmu tanpa lepas
merangkul tubuhmu ke dalam dakapanku dengan erat
dan tanpa jemu mengucapkan kata cintaku padamu

sayang...
sungguh aku tidak dapat melupakanmu
sungguh aku cintakanmu
jangan pernah kau dustai aku
kerana cinta ini tulus buatmu sayang
tanpa kehadiran dendam dihatiku ♥


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

aku sepi...
sepi tanpa melodi cintamu
yang selalu menemaniku dengan irama yang indah
terkadang aku mengukir senyuman saat bersamamu
biarpun pahit..
untuk aku melupakanmu
tetap aku langkahkan kakiku
meninggalkan kisah bersamamu
tetapi..
hatiku tetap kau miliiki
kerna aku ingin dirimu selalu memiliki hatiku
dan menjaga hatiku
seluruh hidupku
tanpa ada yang lain mencuri hatiku...


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Friday 23 March 2012

bila ku tatap indah wajahmu
aku terpana melihat senyumanmu yang indah
menguntum di bibirmu dengan mekar
hingga hatiku termimpi-mimpikan mu
tatkala sang suria menyapa aku

sesungguhnya kau nyawaku
tanpamu aku mati
hati ku gelap
tanpa ada cahaya cinta yang meneranginya

hidup aku sepi
tanpa gelak tawamu
suaramu yang selalu menemani aku
ketika aku mengugurkan air mata

kini kau tiada
apakah yg harus aku lakukan?
hidup ini seakan lenyap
tanpa wujudnya cinta disisiku lagi
kerana aku keseorangan
sepi
tanpa kasih suci mu sayang


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Wednesday 21 March 2012

Jika aku bisikkan I love u

Pasti engkau ragui aku

Jika aku bisikan i miss u

Adakah engkaukan merinduiku juga?



Tetapi..

Ungkapan aku itu ikhlas dari hati ku

Bagiku begitu bermakna

kerana..



Jika tanpa kamu

Aku tak bisa mengungkapkan

Aku sayang kamu

kerana hadirnya kamu membuat aku sayang padamu



Begitu jualah dikala aku merindu

Jika dirimu tidak menghilang dari ruangan mataku

Tidak mungkin aku mengungkapkan

Aku rindu kamu



Hanya kamu yang sering aku ungkapkan

Jika kamu menghilangkan diri

Bagaimana aku harus hidup tanpa kamu

Kerana "kamu" adalah simbol di dalam hidupku



♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Tuesday 13 March 2012

Kepulangan Cinta

Aku terpaku ketika kau muncul di hadapanku,aku seakan-akan bermimpi kerana aku selalu menantimu dari fajar menjelma.Kau menyapa aku,Aku menjadi kaku lidahku kelu tanpa bicara dan aku tersedar bahwa ini semua realiti kau kembali kepangkuan ku.

Aku terpesona dengan senyumanmu ,riak wajahmu yang mendamaikan hatiku seperti aku tidak mahu berhenti menatap wajahmu.Mungkin kerana aku rindu padamu.Setelah kau menghilang kini baru kau menampakkan wajah.

Sayang,
Sungguh aku berasa sebak.Kau menyembunyikan kesakitanmu dengan senyuman manis padahal dirimu cukup menderita menahan kesakitan.Kau enggan meluahkannya kepadaku kerana kau tak sanggup aku membimbangi dirimu dan kau tidak mahu aku turut merasai kesakitanmu.

Sayang,
Maafkan aku kerna aku meragui dirimu,mungkin khilafku tidak mempercayaimu sedangkan kau selalu memikirkanku dalam sedar ataupun mimpi.
Maafkan aku selama ini aku membencimu kerana aku beranggap kau bersama yang lain dan medustai aku

Sayang,
Aku berharap kau takkan meninggalkan aku lagi
Sungguh aku tak sanggup kehilanganmu walau sesaat air mataku akan menitis
kerana begitu perit untukku jalani sisa-sisa hidup sepi tanpa kehadiranmu

Sayang,
Peluk eratlah aku dalam rangkulanmu
biarkan kita bersama
hingga akhir hayat kita

Tetapi sayangnya semua kata-kata itu bermain di pikiran sahaja tanpa aku luahkan.Hanya senyuman yang aku cuba untuk mekarkan seperti bunga-bunga cintaku yang berputik untuk menyemai cinta bersamamu, ku harap kau mengerti perasaanku sayang ke

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Monday 12 March 2012

Cinta
Tidak pernah hapus
Meski masa terus berlalu
Cinta selalu menemani disisi

Rindu
Tak pernah jemu bertapak didada
Meski kau jauh
Rindu selalu hadir menyapa hatiku

Bibir
Tersenyum mekar pabila melihatmu
Pabila kau pergi
Bibir tidak behenti menyatakan cinta dan rindu

Sayang
Sentiasaku ku tanamkan cinta ini untukmu
Biarpun kau meninggalkan aku
Cinta ini pasti bersulam kembali

Sayang
Aku disini setia menggenggem erat janjimu
Dengan kasih sayangmu masih di hatiku
Hingga aku mati

Sayang
Sungguh aku rindu kasihmu
Sungguh aku rindu gelak tawamu
Sungguh aku rindu senyuman mekar dibibirmu

Sayang
Aku sepi tanpamu
Aku hilang arah tuju
Aku ingin selalu di dakapmu

Sayang
Bila aku berlalu pergi
Usahlah kau ingati aku lagi
Biarlah aku berkubu bersama cinta kita yang lalu <3
♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

Saturday 10 March 2012

hati..sering mentafsir rasa
rasa yang sukar di lafazkan
hanya mampu untuk dirasai

bibir...hanya mampu berpaling tadah
biarpun hati terluka
dia setia memberi senyuman tanpa mekar

cinta..biarpun sukar untuk di rangkul
dia masih jua hadir
hadir mewarnai kehidupan


♥ Thanks kerana sudi membaca ♥