Dear my future husband you are nothing for me but you are everything for me ♥

Tuesday, 13 March 2012

Kepulangan Cinta

Aku terpaku ketika kau muncul di hadapanku,aku seakan-akan bermimpi kerana aku selalu menantimu dari fajar menjelma.Kau menyapa aku,Aku menjadi kaku lidahku kelu tanpa bicara dan aku tersedar bahwa ini semua realiti kau kembali kepangkuan ku.

Aku terpesona dengan senyumanmu ,riak wajahmu yang mendamaikan hatiku seperti aku tidak mahu berhenti menatap wajahmu.Mungkin kerana aku rindu padamu.Setelah kau menghilang kini baru kau menampakkan wajah.

Sayang,
Sungguh aku berasa sebak.Kau menyembunyikan kesakitanmu dengan senyuman manis padahal dirimu cukup menderita menahan kesakitan.Kau enggan meluahkannya kepadaku kerana kau tak sanggup aku membimbangi dirimu dan kau tidak mahu aku turut merasai kesakitanmu.

Sayang,
Maafkan aku kerna aku meragui dirimu,mungkin khilafku tidak mempercayaimu sedangkan kau selalu memikirkanku dalam sedar ataupun mimpi.
Maafkan aku selama ini aku membencimu kerana aku beranggap kau bersama yang lain dan medustai aku

Sayang,
Aku berharap kau takkan meninggalkan aku lagi
Sungguh aku tak sanggup kehilanganmu walau sesaat air mataku akan menitis
kerana begitu perit untukku jalani sisa-sisa hidup sepi tanpa kehadiranmu

Sayang,
Peluk eratlah aku dalam rangkulanmu
biarkan kita bersama
hingga akhir hayat kita

Tetapi sayangnya semua kata-kata itu bermain di pikiran sahaja tanpa aku luahkan.Hanya senyuman yang aku cuba untuk mekarkan seperti bunga-bunga cintaku yang berputik untuk menyemai cinta bersamamu, ku harap kau mengerti perasaanku sayang ke

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥