Dear my future husband you are nothing for me but you are everything for me ♥

Saturday 24 December 2011

‎~~IBU!~~~

ibu,,
dikala aku menitiskan airmataku
engkau datang menghapus dukaku
tetapi aku hanya membuat dirimu menitiskan airmata kerana karenahku
tanpa aku sedari aku telah menyakiti hatimu

ibu,,
kasih sayangmu tidak dapatku nilai
begitu menggunung cinta dan kasih sayangmu kepadaku
namun cintaku padamu hanya setitis
hanya kekasih hatiku yang aku puja bukan dirimu ibu
aku tidak sedar kau telah berkorban nyawa untuk melahirkan aku di dunia ini
entah mengapa kekasih hatiku yang selalu ku puja
padahal dirimu berharga bagiku

ibu,,
maafkan aku
maafkanlah kesalahanku
kerana aku telah menderhakaimu
maafkan aku ibu
halalkan air susumu yang mengalir di tubuhku
maafkan aku ibu
aku telah memarahimu
maafkan aku ibu kerana ketika kau memukulku
aku menyatakan dirimu kejam
padahal setelah kau memukulku
kau jualah yang mengubatiku
tetapi aku tidak memahami semua itu ibu
maafkan aku
kerana dirimu begitu mulia disisi ALLAH
tanpamu tiadalah aku
biarpun beribu kemaafan yang ku pinta
ia tidak akan dapat membaluti lukamu
biarpun dirimu sudah memaafkanku
tetapi luka di hatimu tidak mudah unttukku ubati
maafkan aku ibu..
maafkan aku.

♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

No comments:

Post a Comment