Dear my future husband you are nothing for me but you are everything for me ♥

Monday 26 December 2011

~kasih sayang ibu~~


"Assalamualaikum mak!! oo mak!! mak pekak ke?? Aiz panggil dari ni sahut la,penat tau Aiz balik sekolah lepas tu kena jerit-jerit panggil mak dah la jalan kaki mak bukan nak beli basikal temgok orang lain semua naik basikal aiz ja jalan kaki penat la mak macam ni"."Ya nak kejap ya ibu sediakan makanan untuk kamu tadi sebentar ya",kedengaran suara ibunya di sebalik dapur.




"Mak...Aiz lapar la mak tadi dekat sekolah Aiz tak makan"."Aiz tak makan lagi nak?Bukankah Aiz membawa bekal ke sekolah?Bekal tu tidak cukup ya?"."Mak ni asyik dengan bekal mak tu je mak tau tak Aiz malu bawak bekal tu macam budak kecil je.Masa sekolah rendah tak apa la bawa bekal ni Aiz dah sekolah menengah pun nak bawa bekal? Mak beri duit sajalah dekat Aiz macam kawan-kawan Aiz semua mak bapak diaorang beri duit belanja sekolah tapi kenapa Aiz tak ada?",seloroh Aiz.Ibunya kaget dengan kata-kata yang telah dilafazkan oleh anaknya itu namun dia hanya mampu menahan sebak di dada dan menahan air mata dari meluncur keluar.



"Aiz..makan dulu ya nak mak masak ikan masin masak asam"."Mak tak ada lauk lain ke muak Aiz ikan masin je hari-hari tak ada ke ayam?"."Nak makanlah mak hanya mampu sediakan ini saja mak tak mampu,mak tak ada duit nak "."Aiz tak nak makan! selagi kita berlaukkan ikan masin ni!",Aiz meluru masuk ke dalam biliknya dan menghempas pintunya ia menghasilkan dentuman yang kuat tanda tidak puas hati.


Maknya memerhati ikan masin masak asam yang masih belum terusik,air matanya mula meluncur keluar secara pelahan-lahan air matanya gugur juga ke bumi,sambil maknya melafazkan doa "YA ALLAH bantulah hambamu yang kudus ini murahkanlah rezeki seharianku agar mudah untukku memenuhi permintaan anakku,kau ampunkanlah dosanya kerana dia tidak mengerti kesulitan yang ku alami ini permudahkanlah dia menerima ilmu dengan senang,amin".



Betapa mulianya hati seorang ibu
biarpun di sakiti
biarpun di khianati
dia masih terus menyumbangkan kasih sayangnya
seorang anak sanggup melukai hati ibunya demi kemahuhanya
tanpa memikir perasaan ibunya
ibu yang melahirkanya
yang hampir nyawanya melayang
sangguplkah kau lukai hati seorang ibu??
hati yang sangat suci
hati yang sukar di cari dan untuk di miliki
bertapa hancurnya hati seorang ibu apabila di herdik
seolah-olah dia bukan ibumu
sampainya hatimu
sedarkah kau bahawa tanpa ibumu
engkau juga tiada di dunia
kau haruslah sayangi ibumu seperti dirimu jua
kerana kehadiranmu padanya ialah rezeki
kehadirannya dalam hidupmu
hanya untuk membesarkanmu
menjagamu dan mendidikmu
agar dewasanya kamu menjadi orang berguna
kasih sayang ibu tidak dapat dinilai
hanya perngorbanan dapat mengembirakan hati ibu
pengorbanan menjaga di waktu tuanya
seperti dia menjaga kita sewaktu kecil



♥ Thanks kerana sudi membaca ♥

No comments:

Post a Comment